Jumaat, 22 April 2016

KEMAHIRAN PROFESIONAL TERUNGGUL

Salam satu kemahiran buat graduan-graduan kemahiran di malaysia.


Dimanakah anda ketika ini? Adakah ilmu kemahiran yang anda pelajari sudah digunakan di luar sana? Saya percaya setiap individu mempunyai kelebihan yang tersendiri, tidak kira siapa kita pada masa lalu. Namun begitu, ianya bukanlah penghalang untuk warga kemahiran berputus asa dalam 'survivor' hidup masa kini. Sebagai individu lepasan dalam bidang kemahiran saya percaya sedikit sebanyak ada kisah yang membelenggu warga kemahiran yang sering kali mengeluh dalam mencari peluang pekerjaan, tidak dinafikan ada juga lepasan kemahiran yang menikmati pekerjaan yang bergaji besar, tetapi itu bermungkinan dalam bidang-bidang yang tertentu. Saya percaya ramai lepasan kemahiran yang tidak menggunakan ilmu kemahiran yang ada secara sepenuhnya. Saya sendiri sebagai lepasan kemahiran tidaklah meletakkan makan gaji itu pilihan utama saya. Mengapa saya mengatakan demikian?

Ok, saya terangkan. Pada masa kini agak sukar dalam memilih pekerjaan hatta anda memiliki segulung ijazah sekalipun belum tentu anda mudah diterima bekerja tanpa memiliki pengalaman pekerjaan. Jika anda pernah melalui pengalaman temuduga pekerjaan (interview), penemuduga tidak akan terlepas menyoal pengalaman pekerjaan yang anda mohon. anda setuju? 



Di sini kita dapat lihat betapa pentingnya setiap graduan memiliki pengalaman pekerjaan lebih-lebih lagi pengalaman dalam bidang yang dipelajari.  Oleh itu, anda harus ingat, sesi pembelajaran 100% tidak sama jika dibandingkan apabila anda berada dalam situasi alam pekerjaan sebenar. Tambahan pula, 'skill' atau kemahiran amat penting dalam diri setiap individu. Dengan ilmu kemahiran yang ada, majikan dapat menilai samada anda betul-betul berkemahiran atau tidak, barulah anda layak menerima gaji yang setimpal atas kemahiran yang anda miliki.


Namun begitu, masih ada sesetengah majikan yang tidak membayar ganjaran yang setimpal atas ilmu kemahiran yang anda miliki. Bagi saya, tiada masalah jika ilmu itu digunakan untuk anda menceburi dalam bidang keusahawanan, sudah tentu anda menikmati kepuasan yang tersendiri atas usaha anda itu. Anda dapat membuka peluang perniagaan untuk masyarakat sekeliling anda.

Walaubagaimanapun, saya mengakui untuk memulakan perniagaan bukanlah mudah, sebab hanya orang yang betul-betul berusaha akan berjaya. Oleh itu, anda jangan terkejut jika usaha itu berjaya, anda mendapat pulangan yang boleh membuatkan anda tersenyum. Saya ingin menyatakan bahawa rezeki itu 9/10 datangnya daripada perniagaan.


Ketika ini saya terfikir jika kita memiliki setiap kemahiran yang kita pelajari itu, mengapa kita tidak sama-sama berkongsi kemahiran itu supaya ianya membentuk satu rangkaian perkhidmatan yang lengkap?

Oleh sebab itu, jangan jadikan ilmu kemahiran yang anda pelajari itu suatu yang sia-sia. Gunakanlah ilmu itu untuk kita sama-sama memajukan diri, keluarga, bangsa dan agama. Tambahan pula, saya ingin mencadangkan bahawa warga kemahiran seharusnya sama-sama berkongsi kemahiran yang anda miliki kepada orang ramai dan sesama warga kemahiran. Percayalah bahawa setiap ilmu yang anda kongsikan akan mengembangkan lagi ilmu yang anda miliki.

Oleh sebab itu, saya mewujudkan 'Facebook page' Anak Watan agar warga kemahiran dan orang ramai dapat berkongsi pandangan serta pendapat dalam keusahawanan untuk mewujudkan pertukaran idea-idea dan juga mempromosikan produk yang anda usahakan.



Harapan saya besar iaitu supaya anak-anak muda tidak meletakkan harapan untuk bekerja makan gaji semata-mata. Kita seharusnya sedar peluang pekerjaan yang ada terhad lebih-lebih lagi kedatangan warga asing yang melihat negara ini sebagai lubuk emas bagi mereka.

Kita sendiri tidak dapat mengelak daripada menggunakan khidmat tenaga warga asing disebabkan sikap masyarakat kita yang tidak sanggup melakukan kerja dalam bidang-bidang yang dianggap 'low class'. Kita sebagai tuan rumah seharusnya mewujudkan peluang pekerjaan dalam menyambut kedatangan mereka dan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat kita untuk turut sama menjana pendapatan. Disamping itu, kita juga dapat membantu kerajaan dalam menyediakan peluang pekerjaan bagi anak watan...


Sekian,


Warga kemahiran, bakal Usahawanan

#YouCanDuit

Selamat Petang.  

Harini nak kongsikan kepada belia-belia Malaysia yang ingin menambah pendapatan. Tahukah anda terdapat satu program yang dibawakan oleh MDEC. Apa itu MDEC?  


MDEC ialah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia sebelum ini dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) telah diperbadankan pada tahun 1996 untuk menyelia pembangunan MSC Malaysia dan menasihati kerajaan Malaysia mengenai dasar dan perundangan, dan juga untuk menetapkan piawaian kejayaan bagi operasi multimedia. info mengenai MDEC klik sini. 

Ok saya bukanlah ingin bercerita mengenai MDEC anda boleh klik pada link yang disediakan di ruangan atas untuk mengetahui info lebih lanjut mengenai MDEC. Berbalik pada tajuk asal MDEC telah manawarkan satu program iaitu #YouCanDuit. Apa itu YouCanDuit? 

#YOUCANDUIT merupakan kempen digital untuk meningkatkan pendapatan tambahan dari kalangan rakyat Malaysia melalui inisiatif digital eRezeki dan eUsahawan.


Apa itu eRezeki? dan Eusahawan?

eRezeki adalah inisiatif digital yang bertujuan untuk menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan digital. Individu akan diberi latihan untuk melakukan tugasan digital yang bersesuaian dan menjadi sebahagian tenaga kerja digital yang berdaya saing. info lanjut klik sini


eUsahawan merupakan suatu inisiatif bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan usahawan mikro yang sedia ada serta orang awam yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan. Peserta akan menjalani kursus keusahawan digital jangka pendek di institusi kemahiran yang terpilih. info lanjut klik sini

Mesti anda tertanya-tanya siapa yang layak untuk menyertai kempen ini? ok kempen ini  layak bagi Rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah RM4,000 sebulan ke bawah, termasuk pelajar, suri rumah, pesara dan warga emas.

Apa tunggu lagi jom sertai sekarang, share bagi kawan-kawan tahu rugi peluang dah disediakan depan mata rebutlah peluang itu sekarang untuk bergelar usahawan digital.  

Sumber : klik sini


Khamis, 31 Mac 2016

LUAHAN ANAK WATAN


Dulu bangsaku gah
terkenal, berdiri megah
sekarang bangsaku berdiri gagah
tapi bangsaku kini kian bertelagah

Bangsaku dulu terkenal budaya timur
muafakat aman makmur

Masa berlalu arus pemodenan
Cabaran membadai arus metropolitan
bawa bersama sisa tinggalan
budaya luar jadi ikutan

yang baik jadi dijadikan ikutan
yang buruk dijadikan taulan

bumiku pijak, pelbagai bangsa
budaya berlainan anutan berbeza
saling hormati sesama warga
jauhi hasad dengi sengketa

sampai masa yang muda berganti tua
ingatlah warga, bekalan cuci cicit bangsa
jangan kalian gadaikan yang berharga
kelak yang tinggal, warisan tiada.